Lompang Pandan Sedap Guna Jus Pandan Asli

Lompang Pandan Sedap Guna Jus Pandan Asli

Lompang Pandan Sedap Guna Jus Pandan Asli

Lompang Pandan Sedap Guna Jus Pandan Asli




BACA JUGA:Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap

Bahan-Bahan: (15-20 biji kuih)

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sdb tepung ubi kayu
  • 1 sdt air kapur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 1/2 cawan jus pandan dari 15 helai daun pandan
  • Pewarna hijau (Optional)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam


Cara Penyediaan:

1. Masak gula dengan jus pandan. Sejukkan. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan air kapur ke dalam jus pandan yang telah disejukkan. Kacau rata sehingga campuran sebati.

2. Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Panaskan kukusan. Apabila air menggelegak, panaskan acuan selama 5-10 minit. Selain itu, kukus kelapa dan garam seketika. Sejukkan.

3. Masukkan campuran tepung ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit. Sejukkan dan keluarkan kuih dari acuan. Taburkan dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Nota:

  • Saya gunakan tepung beras cap Teratai.
  • Boleh kurangkan penggunaan daun pandan & gunakan perisa pandan.
  • Kacau campuran tepung sebelum dituang ke dalam acuan lompang.
  • Cungkil keliling kuih dengan menggunakan lidi pencungkil gigi yang bersih untuk mengeluarkan kuih dari acuan.
Lompang Pandan Sedap Guna Jus Pandan Asli

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah




Resepi OlehResepi Bonda

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post