Anak Asyik Ulang Makan, Resepi Nasi Daging Ni Memang Berbaloi Dicuba

Anak Asyik Ulang Makan, Resepi Nasi Daging Ni Memang Berbaloi Dicuba

Suka makan Nasi Daging tapi tak tahu mana satu resepi yang berbaloi untuk dicuba? Min cadangkan anda cuba resepi perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Resepinya cukup mudah dan min sendiri pernah mencubanya.

Anak Asyik Ulang Makan, Resepi Nasi Daging Ni Memang Berbaloi Dicuba


Hasil dan rasanya? Ahli keluarga memang suka. Anak pun ulang makan dan puji rasanya sedap. Memang berbunga hati dibuatnya. Jom cuba! Anda dan keluarga juga mungkin akan menggemarinya.

BACA JUGA:Resepi Nasi Kerabu Kelantan Terlajak Sedap

CARA MEMASAK NASI DAGING, AIR ASAM KERISIK & SUP TUMIS DARAT SEDAP


BAHAN NASI DAGING:

  • 4 cawan beras – basuh bersih
  • ¼ tin susu cair  
  • 1-2 kiub pati daging  
  • Air rebusan daging & daging – air ikut agak sukatan masak nasi
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan planta / marjerin  
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit halia
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun pandan
  • 2 sudu makan rempah kurma
  •  1 sudu makan rempah kari
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Dalam periuk bersesuaian, masukkan planta, bawang merah hiris, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan rempah kurma, rempah kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.

3. Bila sudah naik bau dan rempah kelihatan masak sempurna, masukkan beras yang telah dicuci, susu cair, kiub pati daging, garam secukup rasa dan air rebusan daging bersama dagingnya sekali. Sebatikan.

4. Sukatan air agak-agak mengikut sukatan beras yang digunakan.

5. Masaklah nasi hingga masak sempurna.





BAHAN AIR ASAM KERISIK

  • Sedikit belacan  
  • Cili api secukupnya – potong separuh @ tumbuk separuh
  • Air asam jawa secukupnya
  • 2-3 sudu makan kerisik  
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 1 biji tomato – hiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk Cukup Rasa

CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan.

2. Gaul hingga rata hingga semua bahan bersatu. Rasa dan boleh tambah jika ada perasa yang kurang.

3. Siap untuk dihidang.


BAHAN SUP TUMIS DARAT

  • Daging secukupnya
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit halia
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun sup

CARA MEMASAK:
1. Hiris daging, masukkan ke dalam periuk, tambah air secukupnya, sedikit garam dan rebus hingga empuk.

2. Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan.

3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi daging yang telah direbus empuk. Kacau rata.

4. Tabur daun sup dengan secukupnya dan rasa. Tambah perisa jika perlu.

5. Sup Tumis Darat siap disediakan dan sedia dihidang bersama Nasi Daging dan Air Asam Kerisik.


Sumber: Suriani Mohd  Via Rasa




Resepi Oleh Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post