Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang, serta sangat harum baunya hasilnya.
BACA JUGA:Cara Buat Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi
Hanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. Ini resepi yang di kongsi di bawah ini. Siapa ada air fryer boleh cuba.
Resepi Kuih Bakar Super Simple
Bahan-Bahan:
- 1 Cawan air daun pandan
- 2 Cawan santan/1kotak kecil
- 2 Cawan tepung gandum
- 1 Cawan Gula
- 2 Biji telur
- 1 Sudu kecil garam
- 1 Sudu kecil esen vanilla
- 1 Sudu kecil pewarna hijau
Cara Penyediaan:
1. Blend semua bahan tadi sampai sebati.. Masukkn dalam loyang (loyang airfryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun.
2. Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau.. Kira bahagi dua la bancuhan tu. Masukkan dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit. Siap!!
3. Tunggu betul2 sejuk baru potong tau..Nanti bahagian tengah tu akan mendap sedikit..
Fuhhh bau dia. Serius sedap.
Selamat Mencuba
Kredit: Tsu Feh Sufiah Via PaMa
Resepi Oleh Rencah Rasa.
Post a Comment