Semakin hari semakin dilihat ramai pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di laman media sosial kerana barang atau makanan yang dibeli tidak menepati harga yang dibayar.
BACA JUGA:“Benda Dah Order, Minum Je Lah..”, Pelanggan Terkedu Pesan Nescafe Ais Mangkuk, Tapi Yang Sampai Macam Ni..
Misalnya, jika membeli makanan yang mahal harganya tetapi rasa dan kuantiti yang diperoleh amat sedikit, pelanggan semestilah kesal dengan hal tersebut.
Lagi-lagi, ketika harga jualan makanan semakin melonjak naik kerana harga barang makanan di Malaysia semakin tinggi, dari hari ke hari.
“Macam Ni Orang Kita Niaga?”, Pelanggan Kesal Harga Karipap Cekik Darah, RM4 Untuk 3 Biji Tapi Guna Karipap Segera..
Seperti satu video yang tular di laman TikTok semalam, seorang peniaga meluahkan rasa kesal yang amat sangat apabila karipap yang dibelinya dikatakan harga cekik darah serta kualiti rasa yang biasa sahaja.
Menurutnya, harga karipap itu dijual dengan harga RM4 untuk 3 biji karipap dan dikatakan peniaga mungkin menggunakan karipap segera kerana rasanya yang seakan itu.
“Ni hampa temgok ni karipap besar nala ni, besar bas ni hampa rsa berapa ringgit? Ni RM4 3 biji. Tu dia mana nak dapat, ni dekat Shah Alam Seksyen 18.
“Ni time-time hujan ni, kalau sedap tak apa tapi rasa biasa ja, nih yang segera tu. Ni, biasa ja apa aku boleh buat. Rasa dia tak premium langsung. Bukan nak kata apa, tapi geram,” lauhanya dalam hantaran video harga karipap cekik darah berkenaan.
Rasa Macam Karipap Segera Frozen..
Melihat kepada saiz karipap itu, sememangnya saiz karipapa agak kecil apabila pelanggan memnabndingkan saiz telapak tangan dengan karipap tersebut.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang turut terkejut dengan harga yang dikenakan untuk karipap tersebut dan mengutarakan pendapat masing-masing di dalam ruangan komen.
“Ish mahalnya, tempat saya standard RM2 5 biji,” kata netizen bernama Siti Hawa
“Oh ye ke, melampau sangat harga,” tulis netizen bernama Kak Hana memberi komen tentang video harga karipap cekik darah tersebut.
“Dia jual ikut nilai mata wang tu,” seloroh netizen lain bernama Akir.
Memang Harga Barang Naik, Tapi Ni Mahal Sangat
Dalam kisah harga karipap cekik darah ini, peniaga haruslah meletakkan harga mengikut untung yang selayaknya mengikut harga barang pasaran.
Dalam ekonomi yang terumabang ambing ini, tidak ada salah untuk menaikkan harga jualan, tetapi mestila setimpal dan tidak mengaut keuntungan lebih sehingga kualiti tak terjaga.
Semoga peniaga dan pelanggan di luar sana akan dimurahkan rezeki selalu.
Sumber: mfaizhambali
Resepi Oleh dailymakan
Post a Comment