Uncang Teh Sudah Diguna, Beri ‘Keajaiban’ Pada Tanaman..

Uncang Teh Sudah Diguna, Beri ‘Keajaiban’ Pada Tanaman..

Kita biasanya akan membuang uncang teh selepas digunakan untuk membuatteh. Kan membazir tu, sebenarnya uncang teh itu boleh dikitar semula untuk menyuburkan hasil tanaman. Kebun sayuran dan bunga anda pasti mengalami perbezaan menakjubkan selepas ini.

Uncang Teh Sudah Diguna, Beri ‘Keajaiban’ Pada Tanaman..


Uncang teh boleh membawa ‘keajaiban’ di kebun bunga dan sayuran anda.

BACA JUGA:Anda wanita yang baru berkahwin? Tidak tahu cara untuk menguruskan barang-barang dapur pada permulaaan? Cuba tips ini.



1. Bercambah Biji Benih


Untuk menghidupkan pelbagai jenis tanaman memang sangat mencabar. Sebab utama adalah kebanyakan biji benih sukar dan kadang kala tidak bercambah walaupun anda sudah menyemainya dan menjaganya dengan teliti dan penuh ‘kasih sayang’.

Inilah cara mudah untuk mengubah kebun anda menjadi ‘syurga’ tanaman iaitu dengan menanamkan uncang teh yang sudah diguna ke dalam tanah.



2. Nutrisi Tambahan


Menambahkan uncang teh di tanah kebun anda, akan memberikan tanaman nutrisi tambahan kepadanya. Uncang itu sendiri dibuat daripada fiber sejenis pokok. Teh di dalamnya mudah terlarut di dalam tanah dan menerbitkan persekitaran sihat untuk bunga dan sayur untuk tumbuh.

3. Makhluk Perosak Tanaman


Uncang teh juga mampu menjauhkan pokok dan tanaman daripada gangguan makhluk perosak tanaman seperti serangga dan tikus. Uncang teh terpaai dan juga serbuk kopi boleh membantu menjauhkan makhluk perosak daripada pokok bunga dan tanaman anda.

Baunya boleh membantu menghalaunya daripada merosakkan tanaman anda.

Kredit: Tips and Tricks.co/home and garden Via Rasa




Resepi Oleh Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post