Cara Buat Lepat Pisang Yang Lembut & Manis

Cara Buat Lepat Pisang Yang Lembut & Manis

Lepat pisang sememangnya menjadi kegemaran ramai dan ia sememangnya satu kuih yang cukup klasik.

Cara Buat Lepat Pisang Yang Lembut & Manis




Bila dimakan panas-panas selepas dikukus, ah terasa nikmatnya. Tak susah pun nak buat kuih ini, boleh cuba ikut resepi yang dikongsi oleh Dapur Shai Anne ini.

BACA JUGA:Buat Apam Gula Hangus, Kukus Guna Kuali Saja. 10 Minit Siap!

RESEPI LEPAT PISANG


BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan pisang lemak manis (dipenyek)
  • 1 cawan gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ikut selera masing-masing)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kotak santan Kara (apa-apa brand pun boleh)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • Daun pisang (dilayur dahulu)




CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan di atas kecuali daun pisang sehingga sebati.


2. Letak bancuhan lepat dalam daun pisang. Bungkus ikut cara seperti di dalam gambar.


 



3. Akhir sekali, panaskan air di dalam pengukus dan kukus lepas pisang selama 40 minit.


4. Siap.


 

KREDIT RESEPI & FOTO: DAPUR SHAI ANNE Via Rasa




Resepi Oleh Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post