Buat Apam Gula Hangus, Kukus Guna Kuali Saja. 10 Minit Siap!

Buat Apam Gula Hangus, Kukus Guna Kuali Saja. 10 Minit Siap!

Apam gula hangus ini antara kuih kegemaran ramai sama ada untuk hidangan pagi atau petang.

Buat Apam Gula Hangus, Kukus Guna Kuali Saja. 10 Minit Siap!


Salah satu sebabnya selain sedap, cara nak buat pun mudah. Apam ini kalau tak mahu keluarkan periuk pengukus, guna kuali saja pun boleh kukus.

BACA JUGA:Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!

Kalau nak buat cara senang ini boleh ikut perkongsian Nur Fairus Mohd Adam.

Buat apam gula hangus kukus pakai kuali saja

Apam gula hangus, kukus pakai kuali saja. Bahan pun semudah ABC.


Bahan-bahannya
1 1/2 cawan – tepung gandum
1/2 cawan – minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil- susu pekat
2 biji – telur
1 cawan -air panas untuk gula hangus
1 cawan gula



Cara membuat:

1. Buat gula hangus dulu. Masukkan gula putih dalam kuali sambil kacau perlahan-lahan.

2. Bila dah bertukar warna perang sikit terus masukkan air panas perlahan-lahan. Jangan biarkn gula jadi gelap sangat nanti pahit. Sejukkan.

3. Kemudian masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sebati.

4. Tuang adunan dalam bekas dan kukus dalam kuali saja. Kukus selama 10 minit saja dah siap. Saya guna bekas besar, adunan lebar cepatlah masak.

Selamat mencuba.

Sumber: Nur Fairus Mohd Adam.



Resepi Oleh Vanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post