Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Tradisi Yang Menaikkan Selera

Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Tradisi Yang Menaikkan Selera

Masak lemak cili api antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas. Kalau makan bersama nasi panas mesti membangkitkan selera.

Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Tradisi Yang Menaikkan Selera


Ikuti perkongsian resepi yang sangat menarik ini. Jantung pisang digandingkan bersama pucuk ubi kayu bagaikan match made in heaven, sedap sangat!

BACA JUGA:Resepi Begedil Sardin



Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Tradisi Yang Menaikkan Selera

BAHAN-BAHAN

  • Jantung Pisang
  • Pucuk Ubi Kayu
  • Cili Padi (ditumbuk)
  • Kunyit Hidup (ditumbuk)
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • 1 ½ Biji Kelapa Parut (Perah dan ambil pati santan sahaja)
  • Garam


CARA MEMASAK

1.Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih

2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.


3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.

4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.

Resepi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng garing atau ikan masin. Untuk pemilihan jantung pisang, lebih enak jika menggunakan jantung dari pisang nipah kerana rasanya yang tidak pahit dan tidak kelat.

Sumber: SuiSan AliezSha Via Remaja




Resepi OlehRencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post