Resipi sup tulang berempah buat ramai tak boleh move on, memang berselera buat lauk sahur

Resipi sup tulang berempah buat ramai tak boleh move on, memang berselera buat lauk sahur

PEJAM celik, pejam celik, tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Sudah tentunya sebagai mak-mak, dah ready dengan senarai menu ringkas, tapi menyelerakan buat suami dan anak-anak.

Resipi sup tulang berempah buat ramai tak boleh move on, memang berselera buat lauk sahur


Part sahur terutamanya, memang agak payah sikit nak pujuk si kecil untuk jamah nasi, waima roti sekali pun.

BACA JUGA:Viral Udang Galah Masak Diraja Padat Rasa Enak Masakan Melayu

Rasanya resipi Sup Tulang Berempah Tak Boleh Move On yang dikongsikan Zana Mokhtar di Facebook boleh membangkitkan selera mereka.

sup tulang

Kalau makan dengan bihun pun katanya, memang terangkat habis.

Beza dengan resipi orang lain, Zana atau mesra disapa dengan Kekna tidak menumis langsung bahan dan cara masakan memang tak renyah.

Berikut resipi ringkas yang dikongsikan:

Bahan-bahan
Tulang daging
Halia
Serai
Lada hitam 

sup tulang

Sup bunjut tulang 
3 sudu besar rempah sup 
1 sudu besar rempah kurma 
Batang saderi

sup tulang

Ubi kentang
Lobak
Limau nipis
Daun sup (sebagai hiasan)




sup tulang

Daun bawang (sebagai hiasan)
Bawang goreng (sebagai hiasan) 

Cara penyediaan:
1. Rendam dulu tulang daging dengan tepung untuk elak bau hamis dan cuci hingga bersih.
2. Kemudian rebus sehingga daging lembut.

sup tulang

3. Masukkan serai, halia dan sup bunjut sekali.


sup tulang

4. Biarkan sampai empuk daging sebelum masukkan rempah sup dan rempah kurma.
5. Biarkan sebati sebelum masukkan kentang dan lobak.

sup tulang

6. Kemudian, bubuh lada hitam, perahan limau nipis dan garam.
7. Akhir sekali, masukkan batang saderi. Biarkan sekejap sebelum dihidangkan.
8. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
9. Boleh tambah sambal kicap pedas dalam sup.

Memang mudah disediakan untuk juadah sahur atau berbuka.

sup tulang

Kalau masak lebih, bolehlah masukkan dalam fridge dan panaskan kemudian untuk menu hari berikutnya.

Sup Tulang Berempah Tak Boleh Move On pun sedap dimakan dengan roti Arab atau bihun. Memang marvellous! Cubalah!




Resepi OlehSinar Plus.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post