SEBUT sahaja masakan buttermilk cheese, ramai terbayangkan keenakan udang, ayam atau ikan dori disaluti kuah berlemak yang kaya dengan rasa keju.
BACA JUGA:Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap
Resipi yang dikongsikan Madam Azlynn ini nampaknya ringkas dan mudah. Sempoi dan senang jer, lepas balik kerja masih pun sempat lagi hendak menyediakannya. Berikut bahan dan caranya:
UDANG BUTTERMILK CHEESE
Bahan-bahan
1/2 kg udang (dibersihkan)
1 tin susu cair
2 ulas bawang putih – dicincang
1/4 biji bawang Holland – dipotong dadu
6-7 helai daun kari
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu serbuk kari
Sehelai daun pandan
Cili (opsyenal)
Sekeping cheese
Sedikit tepung jagung
1/4 sudu besar butter
Cara penyediaan
1-Perap udang dengan garam, gaul sebati dan simpan sebentar di dalam peti sejuk selama 10 minit.
2-Kemudian taburkan tepung jagung pada udang dan biarka ia bersalut rata.
3-Goreng udang terlebih dahulu sehingga udang berubah keemasan. Elakkan menggoreng terlalu lama.
4-Angkap udang, tos dan ketepikan.
5-Untuk kuahnya, panaskan kuali dan cairkan mentega.
6-Tumis bawang Holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili dan daun pandan sehingga wangi dan kekuningan.
7-Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.
8-Bila sudah mendidih,masukkan susu cair kemudian masukkan kiub ayam, secubit garam dan setengah sudu kecil gula.
9-Kemudian masukkan cheese. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
10-Bila kuah sudah pekat, tutup api.Tuangkan kuah ke atas udang.
11-Siap dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: Mdm Az Lynn
Sumber -Sinar Plus.
Post a Comment