Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap

Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap

Sotong Goreng Kunyit Berempah. Sesekali makan menu ringkas sebegini sedap juga. Biasanya menu Sotong Goreng Kunyit ni ringkas sahaja penyediaannya, letak serbuk kunyit, garam dan sayur, dah siap. Tapi kali ni apa kata anda cuba resepi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni.

Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap


Tambah dua bahan ringkas iaitu serbuk kari ikan dan serbuk cili, hasil masakannya memang lagi wow! Memang padu. Jom lah cuba. Anda pasti sukakannya.

BACA JUGA:Viral Udang Galah Masak Diraja Padat Rasa Enak Masakan Melayu

CARA MASAK SOTONG KUNYIT BEREMPAH


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg sotong – potong besar
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 senduk teh minyak masak
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya – beli online disini
    (sukatan bahan-bahan boleh agak sendiri bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan)

BAHAN SAYUR:

  • Bunga kubis secukupnya
  • Bawang merah secukupnya
  • Kacang panjang secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak. Tidak perlu letak air sebab masa ni sotong masih berair. Kalau nak letak pun boleh, tapi sedikit sahaja.





2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga layu.

3. Masukkan sotong dan ratakan. Jangan terus kacau nanti melekat, jadi biarkan ia masak dulu sekejap. Guna api kecil atau sedang sahaja untuk bagi air sotong keluar.


4. Bila sotong sudah separuh masak, masukkan sayur-sayuran. Kacau semua bagi sebati dan masak.




 

5. Sotong Goreng Kunyit Berempah sedia untuk dihidangkan.


NOTA: Kalau nak sotong garing lebihkan minyak. Kalau nak sotong lembab-lembab sahaja, kurangkan minyak.

Sumber: Aisyah Humaira





Sumber - Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post