Resepi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!

Resepi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!

Spaghetti sebagai mana kita tahu macam-macam menu boleh disediakan untuk dijamu kepada seisi keluarga pada bila-bila masa. Sama ada untuk dijadikan menu sarapan, tengah hari mahupun menu makan malam, nyata menepati selera.

Resepi Spaghetti Ni Paling Ramai Suka, Dikongsikan Daripada Yang ‘Otai’ Memasak!


Jadi di sini kongsikan resepi berasaskan spaghetti yang viral dan mendapat tumpuan warganet.

BACA JUGA:Jemu Makan Nasi, Boleh Cuba Buat Mi Sanggul Goreng Basah! Sekali Makan, Mesti Nak Lagi

RESEPI SPAGHETTI SEAFOOD AGLIO OLIO


Bahan-bahan:

  • 1 paket spaghetti =(500 gram)
  • Udang sederhana anggaran 400gram
  • Sotong 400 gram
  • Cendawan butang10biji(boleh letak jika suka
  • Cili padi hijau 5 batang- dihiris
  • Cili padi merah5 batang- dihis
  • Bawang Holland atau bawang besar 1 biji -dipotong dadu
  • Bawang putih 7 ulas -dicincang
  • Butter 5 cm
  • Minyak zaiton 5 sudu besar
    (Kalau nak letak minyak masak pun tak apa)
  • Parsley 1 sudu kecil
  • Oregano 1 sudu kecil
  • Basil 1 sudu kecil
  • Lada hitam1 sudu kecil
  • Serbuk cili @chili flakes 1 sudu kecil jika
  • Garam dan serbuk perasa
  • Air rebusan speghetti 2 senduk


Cara Rebus Spaghetti

1. masak air sehingga mendidih,gunakan periuk yang lebih besar supaya mudah untuk speggheti kembang dan masak dengan sempurna

2. apabila sudah mendidih,masukkan garam=2 cubit,Dan minyak masak 2 sudu besar dan masukkan spagheeti

3. anggaran masak spaggheti 12-15 minit

4. Dan tapiskan spaggheti

Cara MEMASAK Spaghetti Aglio Olio

  1. Api yang sederhana
  2. Panaskan butter dan minyak zaitun,
  3. Masukkan bawang putih(masak sehingga sedikit kekuningan)
  4. Masukkan bawang holland atau bawang besar(masak sehingga sedikit kekuningan)
  5. Masukkan udang dan sotong(gaul sehingga masak)
  6. Masukkan cili padi,lada hitam,parsley,basil,oregano,serbuk cili@chili flakes,garam dan serbuk perasa
  7. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul sebati,masukkan air rebusan speghetti,serta
  8. Rasakan dengan secukup rasa yang diinginkan

kredit: Nurul Ateekah




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post