Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Resepi Simple Untuk Sahur, pasti menyelerakan

Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Resepi Simple Untuk Sahur, pasti menyelerakan

Telur pecah sambal 3 rasa antara resepi simple yang boleh mama sediakan untuk sahur anak-anak. Lauk simple macam ni lah yang buat makin berselera kan?

Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Resepi Simple Untuk Sahur, pasti menyelerakan


Kalau nak tahu step by step penyediaan jom ikuti perkongsian ini!

BACA JUGA:Resepi Telur Goreng Mata Masak Kicap

Menu sarapan simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sarapan esok.

2-12-830x1024.jpeg

Bahan-Bahan:-

  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 biji telur ayam.
  • 3 sudu cili kering.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tomato.
  • 1 cawan air.
  • Sedikit daun bawang jika ada.

Cara Masak Ada Pada Setiap Gambar. Jom kita Mulakan.

1. Bawang merah dan putih hiris halus.

3-12-887x1024.jpeg

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.

4-11-1024x1024.jpeg

3. Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.

5-8-1024x1024.jpeg

4. Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.

6-7-1024x1024.jpeg

5. Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barula masakan jadi sedap.

7-6-1013x1024.jpeg



6. Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.

8-5-1008x1024.jpeg

7. Rasala sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

9-922x1024.jpeg

8. Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.

10-932x1024.jpeg

9. Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je!

11-830x1024.jpeg

10. Kalau besahur gini boleh tambah 2 pinggan tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris Via PaMa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post