Bila tiba bulan Ramadan, kita pasti akan mula memikirkan biskut raya apa yang mahu dibuat untuk Hari Raya. Salah satu biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu.
BACA JUGA:Resepi Biskut Mazola Guna 1kg Gandum, Memang Puas Hati! Sedap & Cair Dalam Mulut
Kalau ada yang nak cuba buat sendiri, boleh ikutI resipi mudah guna sukatan cawan yang dikongsikan oleh Saudari Nora Afida di bawah.
RESIPI BISKUT MAKMUR SUSU GEBU
BAHAN DOH BISKUT MAKMUR GEBU:
- 4 cawan tepung gandum (disangai hingga naik bau)
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/4 cawan susu tepung (tak kisah jenama apa)
- 3 sudu besar buttercup/minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
- Minyak jagung secukupnya
BAHAN INTI BISKUT MAKMUR:
- 500 gm kacang tanah (sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk)
- Minyak jagung secukupnya
CARA BUAT BISKUT MAKMUR GEBU CAIR DI MULUT:
1.Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
2.Campurkan tepung gandum bersama gula kastor, butter/minyak sapi yang sudah dicairkan (pastikan dah sejuk), susu tepung. Gaul rata.
3.Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan sehingga adunan boleh digentel dengan cantik.
4.Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
5.Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
6.Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
7.Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
8.Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
9.Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
10.Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
11.Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.
Kredit: Nora Afida Via Myresipi
Sumber -Rencah Rasa.
Post a Comment