Guna Udang Segar. Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap

Guna Udang Segar. Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap

Keenakan Kuih Cucur Badak terletak pada intinya. Jika enak inti dan cukup perisanya, maka sedaplah kuih tersebut. Goreng dan makan pula panas-panas. Memang cukup memberi nikmat buat penggemarnya.

Guna Udang Segar. Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap


Anda nak cuba masak Kuih Cucur Badak yang sangat sedap? Saudari Normani Mdsaad ada kongsikan resepinya. Selamat mencuba!

BACA JUGA:Resepi Muruku Mini Mudah Untuk Dibuat Dan Rangup Sesuai Dijadikan Kudapan Sekeluarga

RESEPI KUIH CUCUR BADAK YANG SEDAP


BAHAN-BAHAN INTI:

  • 1/2 kg udang kapas kecil
  • 2 biji kelapa parut – pastikan tidak terlalu tua
  • 20-25 tangkai cili kering
  • 5 batang serai
  • 5-6 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit kunyit hidup
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Garam, gula & serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kisar halus semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan juga kelapa parut.

2. Masak bahan kisar sekejap di atas api kemudian masukkan kelapa parut yang telah di kisar kering sekejap. (jangan kisar lama, kerana jika tekstur terlalu halus rasa kurang sedap)

3. Kacau dalam 5-10 minit kemudian masukkan udang. Kacau lagi hingga agak kering.

4. Tambahkan garam, gula dan perasa (kalau suka) mengikut selera masing-masing.



5. Kacau lagi inti hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam doh.





BAHAN DOH / KULIT CUCUR:

  • 1kg keledek manis – empunya resepi guna keledek pink
  • 2-3 cawan tepung gandum – jumlah ikut kesesuaian
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit keledek, potong kecil supaya cepat empuk bila rebus. Masukkan air sama paras dengan keledek. Jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.

2. Rebus keledek hingga air hampir kering. Angkat dan biar sejuk baru lenyekkan.

3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Bila sudah siap, bulatkan doh sama saiz.

4. Leperkan doh, masukkan inti dengan secukupnya dan bulatkan kembali.


5. Tabur sedikit tepung atas dulang @talam kemudian letak kuih yang siap dimasukkan inti. Ia bertujuan supaya doh kuih tidak melekat dan mudah untuk digoreng.


6. Panaskan minyak masak dan goreng menggunakan api sederhana hingga garing keemasan.


7. Kuih Cucur Badak sedia untuk dinikmati.


Sumber: Normani Mdsaad Via Rasa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post