Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu

Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu

Kuih Bakar Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun bagi yanga mengalami alahan, agak susah nak jumpa Kuih Bakar Pandan yang dimasak tanpa menggunakan telur namun mempunyai tekstur yang sempurna serta menepati selera dan citarasa.

Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu


Ada yang nak cuba buat sendiri guna resepi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim ni? Tak susah pun. Jom cuba!

BACA JUGA:Resepi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN TANPA TELUR


BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan gula
  • 2 cawan santan
  • 3 1/2 cawan air daun pandan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati serta tidak berketul.

2. Tapis campuran tepung supaya adunan yang dihasilkan lebih mulus.

3. Ambil loyang yang bersesuaian. Sapukan marjerin dengan banyak di permukaannya.

4. Tuang adunan Kuih Bakar Pandan tadi.

5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kerak kuih menjadi garing.


6. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong serta dinikmati.






Sumber: Nuraishah Binti Ibrahim Via Rasa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post