Memilih durian yang elok bukanlah perkara mudah. Kadang itu, harga durian yang dibayar tak setaraf dengan kualiti yang dibeli, memang rugi!
BACA JUGA:Cara Masak Pulut Kuning Yang Hasilnya Menjadi Cantik Berkilat, Lemak & Tak Lembik!
Tambahan pula, musim durian sudah pun bermula. Pastinya orang ramai sudah tidak sabar untuk menikmati isinya yang sedap berlemak! Jom lihat tips di bawah ini.
TIPS MEMILIH BUAH DURIAN
Beberapa hari lepas saya dan kakak beli durian IOI. Cara saya pilih durian, saya ikut tips dari perkongsian di bawah ini. Sedikit sebanyak, membantu jugalah untuk pilih durian yang baik.
TIPS BILA BELI DURIAN
1. BAHAGIAN TANGKAINYA BERGETAH
Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai itu akan ada rasa berlendir yang menandakan buah betul-betul dalam keadaan segar.
2. DURIAN YANG KURANG BERKUALITI
Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil. Di mana, ia menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. TIDAK PECAH BAHAGIAN BAWAH (BUNTUT) DURIAN
Pilih buah yang tidak pecah buntutnya. Buah yang baru, tidak akan pecah. Hal ini kerana, buah durian akan mula merekah pada hari ketiga.
Ketika ini rekahan bentuk garisan disetiap alur pangsa, semakin merosot kualiti semakin besar rekahan. Kualiti tempoyak sahaja.
4. DURI PENDEK & SEKATA RASANYA LEMAK MANIS
Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilihlah durinya pendek dan sekata.
5. DURI MELENGKUNG RASANYA MANIS & SEDIKIT PAHIT
Kalau anda suka durian yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilihlah duri yang melengkung sedikit. Biasanya berduri panjang seinci.
6. CIUM PANGSA MENGESAN DURIAN ELOK
Nak kenal pasti buah elok dan tak rosak atau bena, cium setiap pangsa. Buah yang masak ada bau daripada setiap pangsa. Ini paling mudah.
7. CARA PROFESSIONAL PILIH DURIAN
Bagi yang professional kami akan:
A – Goncang buah kerana buah masak elok terasa ada gegar.
B – Teknik menggaru buah kerana buah yang masak elok ada bunyi lompong, manakala buah yang muda bunyi padat.
C – Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih), tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri. Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam di tanah rata.
D – Menentukan jenis warna isi durian, di bahagian tangkai tu perlu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Ada yang hijau dan ada yang coklat. Warna coklat pun banyak jenis sebab berbeza warna isi.
Kulit ari kuning = isi kuning.
Dikikis kulit tebal = isi tebal.
Durian bukit = isi tembaga (coklat perang seperti tembaga).
Sekadar berkongsi ilmu sahaja kerana kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Wassalam.
Kredit: Ida Royani
Sumber: Facebook Izwan Ahmad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Sumber -SirapLimau.com.
Post a Comment