Resepi Terung Goreng Berlada Paling Mantap. Makan Lauk Ni Confirm Bertambah

Resepi Terung Goreng Berlada Paling Mantap. Makan Lauk Ni Confirm Bertambah

Dapat makan nasi panas dengan lauk terung goreng berlada memang sedap. Tak cukup sepinggan mesti nak bertambah.

Resepi Terung Goreng Berlada Paling Mantap. Makan Lauk Ni Confirm Bertambah


Makan pula ramai-ramai dengan hidangan menu lain yang enak-enak. Mudah sahaja untuk buat terung goreng berlada ni, Sofia Saleh kongsikan resepinya.

BACA JUGA:Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Tradisi Yang Menaikkan Selera

RESEPI TERUNG GORENG BERLADA


BAHAN-BAHAN:

Terung

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis –

Sedikit air asam jawa 

Bawang besar-dihiris –

Ikan bilis digoreng garing 





BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR:

Bawang besar 

Bawang merah

Bawang putih 

Belacan 

Cili besar merah

Cili padi


CARA MEMASAK:

1.Terung dibasuh dan dibelah tengah. Goreng dalam minyak panas, biar sampai masak tapi jangan lembik sangat. Angkat dan toskan.

2.Kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi. Masak sehingga pecah minyak.

3.Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula. kalau nak lebihkan kuah masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.

4.Kemudian masukkan terung yang telah ditoskan tadi dengan bawang besar yang dihiris. Biarkan sekejap bagi sambal berlada sebati dengan terung.

5. Bila sudah betul-betul masak, angkat dan gaulkan dengan ikan bilis goreng… siap!!

Kredit : Sofia Saleh via Resepi Orang Kampung




Sumber -RASA
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post