Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Nasi Impit

Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Nasi Impit

Sedapnya Kuah Kacang ni. Walaupun simple je tapi nampak sangat mengiurkan. Selain dinikmati di musim perayaan, ia juga sesuai dijadikan sajian harian.

Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Nasi Impit



Makan dengan nasi impit di waktu pagi atau nikmati bersama sate untuk makan malam, memang enak. Bagi ibu yang sibuk resipi sedap yang mudah dimasak tentunya jadi pilihan.

BACA JUGA:Tips Buat Rasa BBQ Super Sedap

Nak cuba? Saudara Abdul Razak Abdul Rahim ada kongsikan resipi Kuah Kacamg paling ringkas yang boleh kita masak untuk keluarga.

BAHAN-BAHAN:
2 cawang kacang tanah – goreng dan kisar 
2 sudu teh pes asam jawa 
Gula melaka @ gula putih 
Garam secukup rasa
Sedikit santan
Air jika perlu

BAHAN KISAR:
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah (besar) 
Segenggam cili kering 



CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng kacang hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sejukkan seketika. Kemudian kisar kering.




2. Panaskan minyak dengan secukupnya. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa adabi tanpa biji. Masukkan sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah kacang terlalu masam.
4. Seterusnya masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering. Jika tidak pekat, boleh lebihkan kacang.



5. Kemudian masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam mengikut selera. Kuah kacang sedap kalau manis.



6. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih sedap.
7. Teruskan memasak hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.



8. Kuah kacang siap untuk dinikmati bersama nasi impit atau apa sahaja mengikut selera anda.



INFO:

  • Kuah boleh dibuat awal. Makin lama dipanaskan, lebih sedap rasanya.
  • Ada yang suka tambah udang kering. Boleh letak ikut selera masing-masing.
  • Jika terlalu pekat, tambah air.

 

Kredit resipi & foto: Abdul Razak Abdul Rahim viaRasa




Sumber -
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post