Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat! Ini Sukatannya

Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat! Ini Sukatannya

Keledek Jepun rebus makan panas-panas waktu hujan memang terbaik. Keledek jenis ini manis dan harganya pun boleh tahan mahal.

Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat! Ini Sukatannya


Kalau suka makan keledek ini untuk lebih jimat beli sekali saja kemudian ambil seketul untuk buat benih. Bila dah bercambah dan rimbun boleh guna tanam lagi melalui pucuknya. Berganda-ganda hasilnya nanti.


BACA JUGA:Makan Lala Selalu Jumpa Lumpur? Ini 2 Cara Bersihkan Agar Lala Berlumpur Tak Termasuk Dalam Masakan

Tapi macam mana nak cambahkan keledek Jepun ini. Dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani ini caranya.

Tip tanam keledek Jepun dalam pasu


Jenis keledek yg paling mahal di Econsave. Rebus makan macam tu saja sedap betul! Cara cambahkan keledek Jepun

1. Beli keledek ini kemudian ambil ubi yang agak kecik dan basahkan sedikit.

2. Simpan keledek ini dalam bekas yang kedap udara dan letak tempat redup! Wak biasa letak tepi sinki je senang nampak, takut terlupa.

3. Selepas 2 minggu intai keledek dalam bekas tadi. Kalau dah keluar tunas, boleh pindahkan dalam polibeg!


4. Medium untuk keledek kena tanah yang peroi. Tanah tak boleh padat, jika padat nanti tiada ubinya.



5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya 2:1 iaitu 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam!


6. Baja boleh juga baja organik. Tempoh tuaian hasil 2 bulan, yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak ubi besar sangat! Nak saiz comel comel gini je. Rebus makan time hujan, asyikk.


Semoga bermanfaat

Sumber: Cikwan Redzuan Jelani




Sumber -Vanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post