Cara Tanam Pokok Cili Padi Dalam Pasu, Polybag & Atas Tanah

Cara Tanam Pokok Cili Padi Dalam Pasu, Polybag & Atas Tanah

Cili Padi, Lada atau Cabai sememangnya disukai seluruh rakyat Malaysia sehinggakan ada yang tanam pokok chili sendiri di rumah kerana keperluan tanaman ini dalam makanan seharian adalah satu kemestian.

Cara Tanam Pokok Cili Padi Dalam Pasu, Polybag & Atas Tanah


Walau bagaimanapun, untuk menanam cili padi bukanlah perkara yang mudah kerana bermula dengan semai benih sehingga pokok mengeluarkan buah memerlukan penjagaan rapi berserta baja yang sesuai.

BACA JUGA:Cara Mencuci Kerang Agar Bersih (Buang Lumpur Dari Perut Kerang)

Cara menanam cili di atas tanah, dalam pasu, polybag dan sebagainya, jika dijaga dan dibelai dengan betul pasti ia akan berbuah lebat. Sama ada ditanam secara fertigasi atau hidroponik, pokok ini sangat mudah dijangkiti penyakit.

Kami kongsikan cara tanam cili padi dengan betul oleh seorang pakar dengan penanaman pokok lada ini seperti yang beliau kongsikan di laman Facebook miliknya yang dikenali sebagai Mohd Shaifful.

Cara Menanam Pokok Cili Padi di Rumah



Memang ramai orang kita sangat suka makan cili lebih-lebih lagi cili padi kecil yang rasanya sangat pedas. Namun, masih ramai yang tak berjaya tanam pokok ini. Ketahui cara tanam serta tips untuk mengatasi masalah tanaman ini.

Maklumat Botani Cili

Nama Dalam Bahasa Melayu: Cili Padi, Lada Padi, Cabai Burung
In English: Tabasco Chili
Nama Saintifik: Capsicum Frutescens
Dari Kalang Keluarga: Solanaceae

1. Semai Biji Cili



Biasanya kita akan menyemai biji cili di dalam tray atau talam semaian. Sekiranya tiada alatan tersebut, kita boleh gunakan apa saja bekas yang sesuai untuk semai biji benih.



Untuk media semaian yang paling sesuai, guna peatmoss iaitu rumpai kering atau pun sabut kelapa hancur (cocopeat). Anda boleh juga gunakan tanah organik yang dibeli di kedai Nursery.

Basahkan media tanaman dalam tray semaian, sila masukkan biji benih. Tutupkan dengan lapisan nipis media tanaman. Kemudian spray atau siram.

Anda boleh guna plastik hitam dan letakkan tray semaian di kawasan gelap selama 4 hari sebelum dibuka. Biji benih cili biasanya bercambah menjadi tunas dalam sekitar 4 hingga ke 7 hari selepas disemai.

2. Pemindahan Anak Pokok Cili



Setelah anak pokok cili telah mempunyai 5 hingga 6 helai daun, ini masanya untuk kita pindahkan ia ke dalam pasu, polybag atau di atas tanah mengikut kesuaian anda sendiri.

Jika ingin menanam dalam pasu atau polibeg, guna campuran tanah atas (top soil) atau tanah merah, sekam bakar, kompos atau sabut kelapa hancur yang boleh dibeli.

Seeloknya beli tanah tersebut kerana ia organik dan memudahkan untuk menanam pokok. Jika cili ditanam atas tanah atau batas, gemburkan tanah dan pindahkan anak pokok cili terus ke tanah.

Sekiranya kawasan itu agak panas, anda perlu menutup dengan menggunakan net hitam atau daun kelapa pada anak benih supaya pokok pulih sekurangnya dalam masa 5 hari.

Tips supaya anak pokok cili padi tidak layu selepas dipindahkan, anda perlu memindahkannya ketika waktu lewat petang antara jam 6.30 petang. Siramkan dahulu sebelum ia dipindahkan ke pasu atau tanah.

Proses pemindahan akan merosakkan akar pokok cili dan pokok tersebut seolah terkejut seterusnya layu. Letakkan di tempat redup untuk memulihkannya selama 5 hari sebelum didedahkan cahaya matahari sepenuhnya.

3. Penjagaan Pokok Cili Padi



Pokok cili padi sangat sensitif pada tanah kering. Anda perlu pastikan sentiasaa membuat siraman 2 kali dalam sehari kecuali pada hari hujan. Pastikan tanah di mana ia ditanam sentiasa lembab.

4. Pembajaan Cili Padi

Untuk baja sebaiknya dibajakan pokok setiap dua minggu sekali, taburkan di sekeliling pokok. Pastikan anda menabur baja agak jauh daripada pangkal pokok.

5. Pancang Sokong Jika Perlu

Carikan kayu atau buluh dan apa saja yang sesuai untuk dijadikan pancang atau pacak sokongan pokok. Ia amat penting apabila pokok semakin membesar. Ikatkan dengan tali rafia di antara pokok dan pancang.

6. Kawalan Serangga dan Penyakit

Anda boleh guna racun organik atau racun biasa untuk menghalau makhluk perosak yang menyukai cili. Sila sembur mengikut sukatan yang disyorkan sekurangnya seminggu sekali.

7. Petua Pokok Cili Berbuah Lebat



Petua supaya pokok cili mengeluarkan hasil yang banyak adalah dengan pangkas cabang ranting yang terlebih dari 6 batang cabang ranting untuk setiap satu pokok lada tersebut.

8. Menuai Cili Padi

Pokok cili biasanya akan mengambil masa selama 60 hari atau dua bulan untuk mula berbuah mengeluarkan hasil.

Masalah pokok cili yang biasa terjadi. Mungkin ada di antara anda tidak tahu. Jom tambah ilmu.

1. Buah Menjadi Busuk atau Luruh

Biasa jika tersilap tanam, banyak buah cili padi akan gugur dan busuk. Hati gundah gulana dan rasa sakit hati bila semua usaha kita tak menjadi. Apakah punca semua ini berlaku?

Apabila buah busuk sebenarnya akibat daripada serangan larva lalat buah. Ambil buah yang busuk. Jika terdapat ulat, itu tandanya pokok cili anda telah diserang dengan rakusnya.

Lalat buah akan menyuntik telurnya pada buah cili yang hijau. Apabila buah hampir masak. Larva akan menetas dan buah itu akan menjadi rosak.

Cara Mengatasi Penyakit Pokok Cili

Anda boleh guna kertas pelekat kuning yang banyak di jual di kedai. Pelekat kuning ini akan menarik dan memerangkap lalat buah. Lekatkan ia berhampiran pokok.

Getah pada kertas yang berwarna kuning agak melekit dan warna kekuningan juga mampu menarik perhatian semua lalat buah yang akan menghinggap padanya.

Anda digalakkan menyembur racun organik pada setiap awal pagi sepanjang pokok cili berbuah. Sekiranya anda nak gunakan racun kimia. Sila ikuti panduan yang pembekal racun sediakan.

2. Bunga Luruh

Mengapa bunga cili luruh dalam kuantiti banyak.Apakah sebab ia berlaku?

Kebiasaannya apabila ia luruh adalah disebabkan air siraman pokok yang berlebihan atau juga kekurangan air serta ia boleh berlaku sekiranya kekurangan nutrient atau baja.

Jika pokok tidak mendapat baja dan nutrien yang secukupnya, pokok pasti akan gugurkan bunga.

3. Masalah Daun Kerinting dan Kerekot

Daun kerinting biasanya menunjukkan tanda pokok telah diserang oleh serangga perosak seperti aphid atau kutu daun dan lalat putih.

Perhatikan di bawah helaian daun. Jika ada sesuatu seperti tepung atau bedak yang berwarna putih pada bawah daun. Itu tandanya kehadiran serangga lalat putih.

Serangga ini akan makan bendalir sap pokok lalu pokok akan terdedah pada penyakit sehingga pokok menjadi tidak sihat serta daun menjadi kerekot dan gugur.

Semburkan racun serangga organik setiap seminggu sekali. Sebenarnya sangat senang untuk mencegah dan merawat pokok yang bermasalah tetapi memerlukan sedikit kerajinan.

4. Ada Semut Hitam Pada Pokok Cili

Biasanya semut akan berkumpul di bawah daun pokok, di bahagian pucuk dan buah akan menunjukkan kehadiran aphid atau kutu daun yang berwarna hijau atau hitam.

Hubungan antara semut hitam dan aphid ini sangat unik. Semut bertindak sebagai penjaga pada aphid. Manakala aphid akan membalas dengan mengeluarkan cecair manis dari badan yang menjadi makanan kesukaan semut.

Anda boleh kawal dengan menggunakan racun organik yang sesuai. Digalakkan sembur hanya seminggu sekali atau guna apabila perlu.

5. Pokok Cili Ditanam Mudah Mati

Pokok cili yang diserang penyakit layu bakteria akan mati akibat daripada serangan bakteria pada akar pokok.

Untuk mengatasi masalah ini. Gunakan benih yang berkualiti F1 (generasi pertama) yang dijamin dapat tahan penyakit berbanding membuat benih sendiri yang anda beli segar dari pasar untuk dijadikan benih.

Benih dari buah chili segar iaitu generasi F2 tidak mempunyai tahan daya penyakit. Oleh itu disarankan anda mencari biji benih cili yang berkualiti F1 dan juga hibrid yang biasanya banyak dijual. Panduan tanaman cabai dari Mohd Shaifful.

Cara Tanam Cili Fertigasi

Berikut dikongsikan juga penanaman pokok cili padi menggunakan kaedah sistem fertigasi. Bagaimana untuk memulakan dengan cara tanam cili dari biji, jarak tanaman, kaedah gantung dan sebagainya yang diterangkan ketika dalam kursus tanaman ini.




Sumber -mediamaklumat
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post