Ikut Teknik Ini Confirm Menjadi Elok-Cara Buat Telur Sarang…

Ikut Teknik Ini Confirm Menjadi Elok-Cara Buat Telur Sarang…

Makan laksa pineng kalau tak ada telur sarang, memang tak lengkap. Ada sesetengah tempat, susah nak jumpa orang jual telur sarang ni.

Ikut Teknik Ini Confirm Menjadi Elok-Cara Buat Telur Sarang…


Jadi, apa kata jom cuba buat sendiri je di rumah. Hasilnya sama macam makan di kedai.

BACA JUGA:Menu Mudah Sup Telur, Guna Bahan Asas Di Rumah

Ikut saja perkongsian oleh Yaya Ismail di bawah. Ada teknik yang perlu diikuti, confirm menjadi!

CARA BUAT TELUR SARANG


Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 2 ½ sudu makan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak


Cara-cara:

1. Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.

2. Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.

3. Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.

4. Kecilkan api dan tunggu telur sehingga menjadi garing.

5. Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.

6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

7. Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.


Kredit resipi dan gambar: Yaya Ismail




Sumber -Kartel Dakwah

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post