Menu Mudah Sup Telur, Guna Bahan Asas Di Rumah

Menu Mudah Sup Telur, Guna Bahan Asas Di Rumah

Kekurangan masa untuk memasak, tapi masih mahu memberikan hidangan yang berkhasiat buat keluarga? Masih boleh ye puan-puan. Kali ini kita kongsikan respi sup telur yang mudah lagi sedap menyelerakan.

Menu Mudah Sup Telur, Guna Bahan Asas Di Rumah


Resepi yang dikongsikan Suzana Othman ini, menu mudah menggunakan bahan asas yang ada di rumah. Jom belajar teknik masak sup telur cantik dan tak pecah.

BACA JUGA:Resepi Telur Goreng Mata Masak Kicap

RESEPI SUP TELUR


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar saiz sederhana | hiris, goreng hingga layu & ketepikan
  • 3 ulas bawang putih – hiris, goreng hingga layu & ketepikan
  • Ikan bilis | goreng & ketepikan
  • 1 biji ubi kentang | potong ikut saiz yang diingini
  • ½ biji lobak merah | hiris
  • 4 biji telur
  • Fucuk & suhun | rendam & potong pendek
  • Daun bawang & bawang goreng (untuk hiasan)
  • Garam
  • Serbuk lada putih ajishio
  • Air
  • Minyak masak




CARA-CARA:

1. Didihkan air dalam periuk. Rebus kentang hingga separuh empuk.


2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.


3. Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan bilis yang dah digoreng tadi.


4. Masukkan fucuk dan suhun.


5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.


6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu.
7. Kita tak pecahkan telur terus masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok, kempunan nak makan sup telur nanti. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.


8. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau tau, biarkan saja telur bersauna dlm periuk dengan aman.

9. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

10. Kalau tak mau makan nasi, ratah gitu je pun sedap. Cukup karbohidrat, protein dan vitamin dalam tu. Acah-acah diet katanya.

Sumber: Suzana Othman Via Rasa




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post