Kalau tiba musim hujan, pasti ada benda je nak mengunyah dan makan, kan? Bila hujan-hujan ni, layan dessert Thai memang mantap dan nikmat takk terkata.
BACA JUGA:Buat Sendiri Mixed Fruit Cocktail Sedap Guna Resepi Ni
Kalau nak berjimat, tak rugi buat sendiri. Kalau dekat kedai, boleh cecah harga RM15 tau untuk 2 orang. Jom kita buat sama-sama air aroikah ni!
Jom Buat Air Aroikah / Cha Bang Ang Ni, Dessert Thai Yang Sedap Layan Masa Hujan. Manis Berlemak Rasanya!
Bahan-Bahan:
- 300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
- 200 gram gula perang
- 250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan gula perang)
- 10 gram atau 1 sudu biji selasih
- 250 gram air panas
- 400 ml susu segar full cream
- 400 ml atau 1 tin susu cair
- 5 sudu susu pekat manis
- secubit garam halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 500 gram ais kiub (secukupnya)
Cara Penyediaan:
- Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut selarutnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
- Sementara itum rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
- Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
- Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
- Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.
Dah siap air aroikah kita kan. Senang je! Boleh nikmati dan buat pada bila masa-masa saja okay bersama yang tersayang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat menikmati semuanya!
Sumber: Wani Sukarno
Sumber -dailymakan
Post a Comment