Buat Sendiri Mixed Fruit Cocktail Sedap Guna Resepi Ni

Buat Sendiri Mixed Fruit Cocktail Sedap Guna Resepi Ni

Kalau ada Air Mix Fruit Cocktail waktu berbuka mesti sedap kan? Nak buat untuk open house pun sesuai juga. Dah dua tahu tidak beraya, sangat sesuai sajikan menu ini pada hari raya nanti. Mudah sahaja tau dan rasa nya sangat sedap.

Buat Sendiri Mixed Fruit Cocktail Sedap Guna Resepi Ni


Jom kita try. Terima kasih untuk Bella Anies perkongsian resepi Air Mix Fruit Cocktail ini

BACA JUGA:Koleksi 10 Resepi Puding Segar Paling Penting Sedap Sangat



Bahan-Bahan:

  • 2 paket Jelly sumi
  • 2 tin susu cair ideal
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 tin buah peach (Boleh guna brand Hosen, sliced)
  • 1 tin fruit cocktail (Nak guna brand Hosen pun boleh)
  • 1 tin longan
  • 1 bekas nata de coco
  • 2 biji kuning telur
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu esen vanilla
  • 4 sudu besar gula pasir
  • Boleh tambah 2 cawan air kalau tidak suka terlalu manis



Cara Membuat:

1. Mula-mula, asingkan buah-buahan dan masuk terus dalam bekas hidang.

2. Kemudian, satukan bahan-bahan cair iaitu air dari tin peach, longan, mic fruit, nata de coco dan susu cair dalam periuk.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

4. Kacau kan custard tersebut terlebih dahulu dengan air hingga sebati. Baru campurkan dalam periuk. Kalau tidak, nanti akan berketul-ketul dan burn kejadiannya. Proses ini adalah untuk bagi kuah pekat sikit.

5. Apabila sudah satukan semua bahan, nyalakan api perlahan sahaja dan masak kuah sampai sebati, tidak perlu panas sangat.

6. Akhir sekali, jika sudah sejuk, campurkan dalam mangkuk dan hidangkan yang sudah siap dengan isi buah-buahan tadi.


NOTA:

  1. Sukatan bancuhan kuah cocktail memang banyak. Jadi akan puas makan.
  2. Ais boleh diletakkan kemudian bila sudah sedia untuk dinikmati. Caranya ialah masukkan air ke dalam mangkuk dan ceduk cocktail. Barulah dinikmati.

Sumber : Bella Jaafar Via rasa




Sumber - Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post