Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api




BACA JUGA:Resepi Kerutuk Ayam Simple Yang Menggiurkan

Bahan-Bahan:

4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat – atau 1 kotak santan – Bahagi 2 bahagian, 1/2 untuk dicampur air. 1/2 dijadikan pati santan pekat
2 helai daun kunyit – dicarik carik
2 biji Kentang dipotong memanjang
1-2 batang Serai diketuk
1/2 Kiub ayam (jika suka)
garam secukupnya
Air secukupnya – dalam 1 cawan setengah ke 2 cawan

Bahan Ditumbuk:

1-2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili padi merah – supaya warna kuah cantik
2 ulas bawang merah



Cara Memasak:

1. Dalam periuk atau kuali rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

2. Dalam periuk yang sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yang cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya.

3. Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.

4. Setelah ayam masak, masukkan kentang yang direbus setengah masak tadi, dan masak sehingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya.

5. Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.


Sumber -resepibonda
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post