Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan

Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan

Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan

Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan




BACA JUGA:Carrot Cake Sukatan Guna Cawan & Sudu. Resepi Mudah, Gerenti Jadi

Bahan-Bahan Karamel:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan margerin (cairkan atau masukkan selepas gula dan air larut)

Bahan Lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  • 1 sudu kecil baking powder *


Ayakkan bahan bertanda (*). Kalau taknak letak baking powder, letak 2 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara Membuat:

1. Cairkan gula guna api sederhana hingga hangus (keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.

2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.

3. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.

4. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

5. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 160-170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.

Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan

Resepi Oleh: Siti Khadijah Binti Mohammad



Sumber -resepibonda
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post