Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun

Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun

Sapa saja yang tak gemar makan ikan bilis dan kentang?. Kebanyakan ramai yang suka lauk simple macam nih, malah menambah selera, menambah nasi, berulang-ulang bila memakannya tak Kira tengah hari, petang atau malam.

Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun


Tak mo la menaip panjang-panjang dah siap masak nih, nak pi tambah nasi Jap, tak percaya? Cuba la masak dulu.

BACA JUGA:Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun

Bahan-Bahan:

  • Kentang 4 biji (besar) dipotong serong nipis dan goreng
  • Ikan bilis 5-6 sudu besar – dicuci bersih dan gorng
  • Suhun 1 ikat – Direndam bersama air
  • Bawang besar – 1/2 biji dihiris
  • Bawang putih – 4 ulas dikatok
  • Cili merah 1 biji – dihiris
  • Cili merah 1 biji – dihiris
  • Daun kari 2 batang
  • SOS tiram 1 sudu besar
  • Kicap Manis 2 sudu besar
  • Serbuk perasa Knorr@maggi
  • Serbuk lada hitam 1/2 sudu kecil
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil

Cara Memasak:

1. Goreng kentang sehingga masak, kemudian gorengkan pula ikan bilis hingga garing. Gunakan minyak ikan bilis tadi (dalam 5 sudu), tumiskan bawang putih dan bawang merah masak sehingga keperangan.

2. Seterusnya, masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau, masak seketika. Masukkan sos tiram dan kicap manis, gaul sebati. Masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit. Gaul rata.



3. Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis yang telah diroreng tadi. Masak sehingga rata dan sedikit kering, siap untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun

Resepi Oleh: Nurul Ateekah




Sumber -resepibonda
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post