Resipi Kuih Gunting Snek Pilihan Sambil Menonton TV

Resipi Kuih Gunting Snek Pilihan Sambil Menonton TV

Resipi kuih gunting ni sangat sesuai untuk yang sedang tercari-cari snek sedap untuk dimakan bersama keluarga sewaktu menonton televisyen di rumah.

Resipi Kuih Gunting Snek Pilihan Sambil Menonton TV


Memang senang sangat resepi ni boleh buat banyak dan simpan dalam balang buat stok. Resipi kuih gunting ini dikongsikan di Facebook oleh Ummu Ashraf. Kalau ada yang nak buat jualan guna resipi ni pun boleh. Jom kita cuba!


BACA JUGA:Samosa Daging Pasti Nak Lagi

BAHAN-BAHAN:

1 kg tepung gandum 

Kisar halus:

6 sudu besar udang kering 

10 batang cili kering 

1 sudu besar ketumbar 

1 sudu besar jintan putih 

1/2 sudu besar jintan manis 

1 sudu kecil garam



CARA PENYEDIAAN:

– bila dah jadi serbuk, campurkan pada tepung gandum.

– dalam pengisar kering, kisar segenggam daun sup. Dah halus, masukkan dalam adunan tepung.

– Panaskan 5 sudu besar minyak masak. Bila dah panas, masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dengan sudu.

– masukkan 1 biji telur. Uli sedikit.

– masukkan air sejuk berais sedikit demi sedikit dalam adunan tepung. Uli hingga seakan doh tepung karipap. Rehatkan adunan 20 minit.

– Canai nipis, saya guna mesin pasta. Setting doh paling tebal 1, paling nipis 7. Saya canai sampai no. 6.

– Gunakan pemotong pasta lebar. Gaul dengan sedikit tepung agar tak melekat. Goreng.

– Bila dah garing, angkat, toskan dan tabur sikit “garlic salt”. Tak letak pun tak apa, tapi saya suka letak.

– Sejukkan dan masukkan dalam balang kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ummu Ashraf via Rasa




Sumber -
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post