3 Tempat Makan Best Sarapan Di Pontian, Johor

3 Tempat Makan Best Sarapan Di Pontian, Johor

Korang kalau datang melawat Pontian bolehlah singgah di 13 tempat makan best sarapan ni.

13 Tempat Makan Best Sarapan Di Pontian, Johor


Pelbagai jenis kedai makan sarapan pagi yang best yang ada dekat Pontian ni. Korang tinggal pilih je nak breakfast kat mana.

BACA JUGA:3 Tempat Makan Tengahari Best di Mersing, Johor

Datang ke Pontian tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda pilih beberapa kedai yang best.  Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Pontian, Johor.

 

1. WARUNG AN & MAIZA – SARAPAN

Ini merupakan salah satu warung breakfast yang popular untuk anda sarapan pagi dekat Pontian, johor ni. Mereka menyajikan menu sarapan pagi seperti satay ayam, satay daging, nasi lemak ayam, nasi lemak bilis telur, mee kari, lontong darat, lontong biasa dan banyak lagi. Korang patut datang ke warung ni untuk cuba menu-menu yang popular yang ada dekat warung mereka. Pasti korang puas hati.





Berminat ingin datang ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di Batu 35, Jalan Johor, Simpang Sungai Bunyi, 82000 Pontian, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warung-An-Maiza-100054517762285/

 

2. WARUNG MAK ABAH – SARAPAN

Warung Mak Abah adalah warung legend untuk anda sarapan pagi yang telah lama dibuka oleh pemilik warung ini. Rata-rata orang pontian pasti tahu akan warung ini dan pernah pergi. Mereka menyajikan menu sarapan pagi yang sedap dan banyak pilihan seperti nasi lemak, roti canai, lontong, teh ais padu, sup daging, sup tulang, mee sup dan banyak lagi.

Sup daging dan sup tulang merupakan menu bestseller dekat warung ini. Sup mereka selalu habis terjual dan ramai pengunjung yang datang akan repeat lagi untuk rasa sup mereka. Korang bolehlah ajak kawan dan keluarga datang breakfast kat sini.




Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Lorong Anggerik, Kampung Dalam, 82000 Pontian, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 petang. Kalau anda ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi do no tel:  016-725 2514. 

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungmakabah/?hl=en



3. KEDAI MAKAN KAK ZUE – SARAPAN

Korang kalau dah bosan asyik breakfast kedai yang sama je bolehlah datang ke kedai makan kak zue ni. Mereka menyediakan menu sarapan pagi seperti mee bandung, mee kuah, nasi lemak, roti canai, roti titab, roti telur, lontong dan banyak lagi. Kedai mereka yang luas dan besar mudah untuk korang bawa family yang ramai. Korang wajib singgah kalau datang ke Pontian, Johor.





Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 312 Taman Jaya, Jln. Alsagoff, Taman Sri Aman, 82000 Pontian, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  011-1756 9307.






Sumber -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post