Resepi Muruku Mini Mudah Untuk Dibuat Dan Rangup Sesuai Dijadikan Kudapan Sekeluarga

Resepi Muruku Mini Mudah Untuk Dibuat Dan Rangup Sesuai Dijadikan Kudapan Sekeluarga

Perkara yang diperlukan sekira meluangkan masa lapang bersama keluarga ialah kudapan, Ramai yang lebih suka beli berbanding buat sendiri kudapan kerana merasakan sukar jika ingin membuat sendiri.

Resepi Muruku Mini Mudah Untuk Dibuat Dan Rangup Sesuai Dijadikan Kudapan Sekeluarga


Sehubungan itu, inilah peluangnya untuk anda buat sendiri kudapan kerana Resepi Muruku Mini sangat mudah dan sedap. Resepi Muruku Mini ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Yatim. Cara membuatnya sangat mudah dan kebanyakan orang boleh mencubanya. Maruku Mini ini sesuai untuk dijadikan kudapan anda sekeluarga. Selamat mencuba semua.

BACA JUGA:Resipi Kuih Gunting Snek Pilihan Sambil Menonton TV


Bahan-Bahan Resepi Muruku Mini

  • 2 kampit Tepung muruku 500 gram.
  • 4 kampit Tepungg pulut 500 gram.
  • 200 ml Santan kotak.
  • 1 genggam Jemuju.
  • 1 1/2 sudu makan Garam.
  • 1 peket kecil Serbuk cili
  • 1 biji telur.
  • 5 sudu makan Planta dicairkan dan sejukkan.
  • Air secukupnya.
  • Minyak untuk menggoreng.




Cara-Cara Buat Resepi Muruku Mini:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak menggoreng. Gaulkan bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.

2. Pastikan adunan jangan terlalu lembik atau keras. Kemudian gunakan acuan muruku mengikut saiz muruku yang kita nak. Jadi buat kecil-kecil je nama pun muruku mini kan.


3. Bila dah siap buat bentuk boleh goreng sehingga perang dan garing. Pastikan suhu api sentiasa dijaga untuk mengelakkan muruku kita hangus. Kalau api besar sangat nanti bahagian dalam masih basah dan tak rangup.

4. Bila dah siap goreng, angkat dan tunggu sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba, kongsikan jika bermanfaat.

Sumber: Hamizah Yatim Via Rahsia Rumahtangga




Sumber -Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post