Tip Tanam Serai Supaya Hasilnya Besar-Besar & Berat. Elak ‘Trim’ Daun Walau Dah Rimbun

Tip Tanam Serai Supaya Hasilnya Besar-Besar & Berat. Elak ‘Trim’ Daun Walau Dah Rimbun

Ramai yang tanam pokok serai di rumah kerana banyak kegunaan dalam masakan. Apa yang membezakan adalah hasil serai. Ada yang tanam serainya hasilnya subur gemuk dan ada juga yang kurus saja.

Tip Tanam Serai Supaya Hasilnya Besar-Besar & Berat. Elak ‘Trim’ Daun Walau Dah Rimbun


Tapi dah tentu kita mahukan hasil serai yang batangnya gemuk. Untuk dapatkan hasil begini kenalah tahu tip dan cara penanaman yang betul. Dikongsi oleh Tariq Syahman yang suka berkebun berikut info berguna bagi penanaman serai berdasarkan pengalamannya.

BACA JUGA:Tutorial Tanam Pokok Rose Jepun Supaya Cantik Jadinya. Pokok Bunga Paling Mudah Tanam, Senang Jaga

Tip penanaman serai di rumah supaya hasilnya gemuk, besar & padu

“Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan ke akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.


Serai di atas adalah yang dah siap bersih yang saya hantar, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula nanti. Ini saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.

1. Untuk benih serai ini saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawahnya.

2. Bila dah ditanam, pokok serai ini akan keluarkan daun baru & bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Kemudian pokok akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.



3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – pokok dah mati sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.

4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.

5. Ada yang advice masa tanam kena condongkan batangnya supaya anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.

6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ini akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar. Siram bila cuaca terlalu kering saja.

7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.

8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daunnya. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batangnya akan jadi kurus.

9. Untuk yang tanam serai kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batangnya gemuk-gemuk, berat dan padu.

10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun. Untuk yang duduk di kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam saja takde lah ular nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.

Sumber: Tariq Syahman




Sumber -Vanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post