Tutorial Tanam Pokok Rose Jepun Supaya Cantik Jadinya. Pokok Bunga Paling Mudah Tanam, Senang Jaga

Tutorial Tanam Pokok Rose Jepun Supaya Cantik Jadinya. Pokok Bunga Paling Mudah Tanam, Senang Jaga

Salah satu cara agar laman rumah berseri, kenalah tanam pokok bunga berwarna warni. Cuma buat yang tak berapa rajin nak buat penjagaan disarankan tanam pokok rose Jepun.

Tutorial Tanam Pokok Rose Jepun Supaya Cantik Jadinya. Pokok Bunga Paling Mudah Tanam, Senang Jaga


Bunganya banyak warna, cantik dan segar. Paling penting tanaman yang dikenali sebagai bunga pukul 10 ini mudah semai dan senang pula dijaga. Cara penanaman pokok ini boleh guna panduan yang dikongsi oleh Nadiah.

BACA JUGA:Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur

Tutorial tanam pokok Rose Jepun


Sebenarnya Nad jealous tengok pokok Ibu tanam cantik dan segar. Nad pun nak cuba tanam pokok. Tapi, Nad tak pandai menanam macam Ibu. Nak tanam apa yang senang? Takut cepat mati pulak.

Kemudian teringat pokok bunga yang Nad pernah tanam waktu sekolah rendah. Kita panggil rose Jepun. Ia juga dikenali sebagai ‘Portulaca grandiflorani’, ‘moss rose’ atau ‘bunga pukul 10’. Kelebihannya :
-Mudah disemai
-Mudah dijaga

Sambil–sambil duduk di rumah, bolehlah cuba tutorial ini. Puas hati juga tanam ros Jepun. Kita dapat rehatkan minda dan menanam juga baik untuk kesihatan mata.





Bahan-bahan

-Pucuk benih rose
-Baja serbuk kopi
-Tanah

Langkah-langkah
  1. Potong pucuk benih rose dengan panjang 3 inci.

2. Jika nak dapatkan rose yang banyak, boleh keratkan dengan 1 inci atau ½ inci.

3. Kemudian, cucukkan pucuk benih tersebut ke dalam pasu.

4. Cucuk pucuk benih sehingga penuh kawasan dalam pasu tersebut.


5. Siram pokok setiap hari, 2 kali sehari, letakkan baja serbuk kopi.

6. Pastikan bunga diletakkan ke arah direct matahari.

7. Setelah 3 minggu, tuan puan akan dapat hasil tanaman rose Jepun.

Selamat mencuba.

Sumber: Nadiah.




Sumber -Vanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post