Resipi Kuih Kasturi Sedap, Kulit Rangup Tak Liat Bila Sejuk

Resipi Kuih Kasturi Sedap, Kulit Rangup Tak Liat Bila Sejuk

Kuih kasturi ini memang sedap, ia antara kuih yang selalu dijual di gerai tepi jalan waktu petang. Tapi bila beli ramai yang frust sebab kulitnya tak rangup, ada juga yang hanya rangup waktu panas tapi bila dah sejuk jadi liat.

Resipi Kuih Kasturi Sedap, Kulit Rangup Tak Liat Bila Sejuk


Kalau kuih kasturi yang dibeli tak memenuhi citarasa apa kata belajar buat sendiri kuih tradisi ini. Lagi satu, jika buat sendiri lebih berbaloi. Dengan 1/2 kg kacang hijau boleh dapat 50-60 biji. Boleh simpan untuk frozen sekali.

BACA JUGA:Resipi Donut Secawan Tepung, Dapat 8 Biji Donut Gebu

Jika nak cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Iin Ismail yang turut menjual kuih ini.

Buat sendiri kuih kacang hijau/ kuih kasturi


 

Bahan untuk kacang hijau
1/2 kg kacang hijau
Daun pandan
2 cawan gula atau ikut manis
Garam sedikit
1/2 biji kelapa parut
2 sudu makan tepung gandum



Cara membuat:

  • Rebus kacang hijau rebus bersama daun pandan sampai empuk bersama daun pandan.
  • Bila dah kering air tambah dulu garam, kelapa parut dan tepung gandum.
  • Tepung gandum tak guna banyak sebab nanti rasa kacang hijau akan ‘lari’, keras dan kurang sedap.


 

  • Gaul rata dan biarkan sejuk.
  • Bila dah sejuk boleh uli, simpan dalam peti sejuk. Esok boleh bentukkan dan buat bancuhan tepung. Nak goreng terus pun boleh.

 

 

Bahan bancuhan tepung
3 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit air kapur sikit
Sedikit kunyit
Air

Cara membuat:

  • Bancuh semua bahan dalam mangkuk hingga sebati.
  • Kemudian celup kacang hijau ke dalam bancuhan dan goreng hingga kekuningan.
  • Guna tepung beras saja ya untuk dapatkan kulit yang ranggup dan tak liat bila sejuk.


 

Untuk frozen
Untuk buat kuih kasturi frozen, goreng kuih sekejap saja, agak-agak sehingga tepung salutan bertukar warna dan kita dapat bentuk kuih yang tetap, dan tidak fragile. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.

Selamat mencuba.

Sumber: Iin Ismail




Sumber -Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post