Tip Buat Cekodok Pisang Jadi Bulat Cantik

Tip Buat Cekodok Pisang Jadi Bulat Cantik

Comel saja cekodok pisang ni, bulat elok saja. Tapi bila kita buat tak menjadi pula begini. Tak dapat hasil yang bulat-bulat.

Tip Buat Cekodok Pisang Jadi Bulat Cantik


Buat cekodok pisang walaupun nampak senang tapi ada juga yang buat tak menjadi. Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.

BACA JUGA:Samosa Daging Pasti Nak Lagi

Cara buat cekodok pisang yang elok bulat


 

Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
7 biji pisang (lebih pun boleh)
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng



Cara membuat:

1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.

2. Kisar pisang, gula dan garam.

3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.

4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.

5. Tip untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)

6. Bila dah masak angkat dan tos.

Sumber:  Norlela Abdul Lahak




Sumber -Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post