Guna Hampas Kelapa, Petua Cuci Siput Sedut Sebelum Buat Masak Lemak. Rasa Pun Lagi Sedap

Guna Hampas Kelapa, Petua Cuci Siput Sedut Sebelum Buat Masak Lemak. Rasa Pun Lagi Sedap

Hidangan masak lemak siput sedut memang kegemaran ramai, cuma ramai yang memilih makan restoren dari memasaknya sendiri.

Guna Hampas Kelapa, Petua Cuci Siput Sedut Sebelum Buat Masak Lemak. Rasa Pun Lagi Sedap


Ini kerana sebelum dimasak, siput ini perlu dibersihkan dengan betul, jika tidak mungkin akan ada rasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.

BACA JUGA:Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Tiada Kesan Birat Hitam

Tapi bagi yang kali pertama mahu cuba menyediakan sendiri lauk ini boleh gunakan cara dan petua yang dikongsi oleh Intan Suraya Haron untuk membersihkan siput sedut. Paling penting katanya kena sediakan hampas kelapa.

Petua cuci siput sedut sebelum masak lemak


1) Masukkan siput sedut dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman. Siput ini tak perlu basuh.


INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.

2) Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Boleh tindih dengan lesung batu.

3) Esoknya sebelum cuci, kerat hujung siput tapi pastikan jangan terlalu pendek nanti susah disedut. Boleh kerat menggunakan cutter.



4) Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak. Jika ada daun pucuk ubi, semasa mencuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Jika tiada gunakan span basuh pinggan saja.


5) Dah dibersihkan bolehlah buat masak lemak cili api.


Selamat mencuba.

Sumber: Intan Suraya Haron




Sumber -Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post