Pernah cuba Sambal Santan Tumis Berlada? Menurut saudara Ju, hidangan ini adalah masakan Terengganu lama dan resipinya dikongsi dari arwah nenek. Hanya menggunakan cili sebagai ramuan utama, sambal ini kelihatan sangat enak.
BACA JUGA:Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Nasi Impit
RESIPI SANTAN TUMIS BERLADA
BAHAN-BAHAN:
2kg cili merah
1/2kg bawang merah – dihiris nipis
6cm halia – dihiris nipis
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1kg santan – empunya resipi guna santan kotak sahaja
Ikan Bilis (anggaran 2 cekak)
Petai (jika suka)
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan cili kemudian buang biji. Hiris jadi 3-4 bahagian.
2. Cili yang telah dihiris akan kelihatan lebih kurang macam ni. Tapi cili tu kalau dipotong bahagi 2 lagi bagus kerana urat cili tak jadi panjang sangat. Didihkan air anggaran tenggelamkan separuh cili.
3. Didihkan cili sehingga menjadi lembut.
4. Anggarannya sehingga 1/3 air kering.
5. Masukkan santan. Masukkan juga bawang merah dan halia yang dihiris nipis. Nak letak ikan bilis pun boleh pada waktu ini.
6. Tunggu sehingga kering. Nampak seakan masak sayur lemak putih. Tambahkan gula.
7. Bila sambal telah kering begini, boleh masukkan petai jika suka. Teruskan masak dan keringkan lagi hingga naik minyak.
8. Santan Tumis Berlada siap disediakan. Jika guna santan segar, anda akan lihat hasilnya yang lebih berminyak. Guna santan kotak, hasilnya tidak terlalu berminyak.
9. Santan Tumis Berlada sedia dinikmati bersama dengan nasi.
INFO: Disarankan masak menggunakan santan segar untuk hasil yang berminyak. Bila diselaputi minyak, sambal akan tahan 2-3 minggu tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Ju
Sumber -
Post a Comment