Resipi Bingka Kelapa Sawit, Kuih Nostalgia Anak Felda

Resipi Bingka Kelapa Sawit, Kuih Nostalgia Anak Felda

Kalangan anak-anak Felda, kuih bingka kelapa sawit atau bengkang kelapa sawit ini mungkin pernah dinikmati satu ketika dulu.

Resipi Bingka Kelapa Sawit, Kuih Nostalgia Anak Felda


Cuma bagi generasi ketiga dan masyarakat luar Felda kuih ini agak asing malah ada yang tidak pernah mendengar tentang biji kelapa sawit boleh dijadikan kuih.

BACA JUGA:Donut Ball 2 Bahan, Tak Perlu Uli Tapi Hasilnya Lembut & Gebu

Bagi yang tak tahu, selain sira biji kelapa sawit ini juga enak dijadikan bingka. Sekiranya ingin tahu rasanya atau sudah lama tidak menikmati bingka kelapa sawit ini boleh cuba membuatnya sendiri.

Resipi bingka kelapa sawit


Bahan-bahan

1/2 kg biji sawit
3 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 kotak kecil santan segera
Setengah sudu teh garam




Cara membuat

1. Potong bahagian hujung dan pangkal biji sawit kemudian rebus sampai empuk.

2. Tos kan dan carik carik biji sawit, asingkan biji dan sabut. Campurkan tiga cawan air suam, ramas kemudian tapis sambil perah untuk dapatkan pati.

3. Dalam mangkuk pati sawit tadi,masukkan santan, gula dan garam. Gaul sebati mengguna whisk. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau dengan whisk sampai adunan sebati dan tidak berketul.


4. Tuang adunan dalam loyang, tak perlu oles dengan minyak kerana sudah ada minyak sawit di dalam adunan.

5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius. Kemudian bakar selama 60 minit atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.


6. Selepas masak tunggu sejuk barulah potong.

Nota: Bingka ini tidak menggunakan telur.

Kredit resipi & foto: Saripah Rozitah





Sumber -Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post