Malam ni memang teringin sangat nak makan Korean Spicy Chicken. Gara-gara tak puas makan ayam 4fingers so aku tergolong kejap dalam golongan “BAIK BUAT SENDIRI” malam ni.
BACA JUGA:Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Hijau, Sukatan Untuk Masak 5 Ekor Ayam Sekaligus
Bahan-Bahan & Cara Membuat:
Ayam whole wing, so akan dapat 2 part wing + drummet – Ayam direndam atau brine dalam tempoh 2 ke 3 jam terlebih dahulu. Bahan yang diguna untuk rendam ayam;
- Biji lada hitam
- Bayleaf
- Garam
- Air secukupnya – penuh menutupi ayam
Untuk Goreng:
Selepas selesai rendam, masukkan dalam bekas berisi campuran tepung gandum + tepung bestari + air. Tidak terlalu cair atau pekat. Bancuhan kering pula (untuk salut ayam);
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Tepung bestari garlic. Nak guna spicy/original pun boleh, ikut selera masing-masing.
Bahan Sos:
- Cili kering pedas yang dah direbus dan kisar (guna dalam segenggam cili kering sebab ayam banyak)
- 4-5 ulas bawang putih
- 3 sb sos tomato
- 1 sb sos cili
- 3-4 sb madu
- 3 sb gula perang (guna gula putih pun boleh)
- Garam & chicken stok
- 3 sb serbuk cili
- 1-2 sb cuka makan (yang ni kena tunggu sos hampir masak baru campur sebab takut termasam pulak. So agak-agak berapa yang diperlukan)
- Minyak secukupnya untuk menumis
- 2 sb bijan (sangai – masuk dalam sos sikit + untuk tabur atas ayam selepas digaul/disapu sos)
Sukatan ni untuk ayam 17pcs whole wing. So kalau nak buat untuk sikit tu, kecilkan la ye sukatan.
Sukatan memang tak berapa tepat, kena adjust sambil masak sebab cili kering yang guna tadi memang yang jenis pedas. So kalau guna cili kering yang kurang pedas tu, adjust la tang manis pulak takut nanti termanis sangat dah lari rasa korea tu.
Memang semua berhingus malam ni makan. Syarat nak makan yang pedas-pedas gini jangan la makan laju-laju nanti cepat kenyang dan tak feel la sampai korea dah. Selamat mencuba.
Sumber -resepibonda
Post a Comment