“Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni”
Berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.
BACA JUGA:Buat Sendiri Pisang Goreng Rangup Macam Beli Di Gerai, Peniaga Otai Kongsi Cara Bancuh Tepung
“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah
Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan
Cara-cara :
Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
Sedia untuk di minum
**Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…
Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)
Khasiat air kunyit asam :
Melancarkan darah haid atau nifas
Melawaskan
pembuangan..bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena
sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2..biasanya
mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam
ada xde..
Menaikkan seri wajah.
Mencantikkn tubuh
Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
Awet muda jika di amalkan.
sumber : Lyndah Abraham karteldakwah
Post a Comment