Anda wanita yang baru berkahwin? Tidak tahu cara untuk menguruskan barang-barang dapur pada permulaaan? Cuba tips ini.

Anda wanita yang baru berkahwin? Tidak tahu cara untuk menguruskan barang-barang dapur pada permulaaan? Cuba tips ini.

Anda seorang wanita yang baru berkahwin? Pasti kebanyakan wanita yang baru berkahwin akan pindah ke rumah suaminya bukan? Kemudian, anda harus menyusun semua barang-barang di dapur. Tetapi malangnya anda tidak tahu cara untuk menyusunnya dengan teratur pada permulaan.

Anda wanita yang baru berkahwin? Tidak tahu cara untuk menguruskan barang-barang dapur pada permulaaan? Cuba tips ini.


Jika anda seorang yang bijak, ruang yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi mampu untuk tampil kemas dan menarik. Namun, bagaimana untuk merealisasikannya? Ikuti beberapa tips yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda pada permulaan dengan baik.

BACA JUGA:Hanya Perlu Tabur Garam Untuk Hasilkan Buah Jambu Air Yang Manis, Padat dan Besar

Tips menguruskan dapur dengan teratur dan kemas:

  1. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan seperti garam,gula dan sebagainya harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh ketika masak.
  2. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
  3. Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
  4. Sudu dan garpu di letakkan pada satu bekas di dalam laci.
  5. Barang-barang yang kerap di gunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding. Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
  6. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, tepung, gula, pasta dan sebagainya. Anda juga boleh menampal pelekat jenis nama barang pada setiap bekas supaya ia lebih mudah untuk dicari.
  7. Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat. Jangan biarkan pinggan mangkuk dan periuk kuali tidak dicuci ataupun dilonggokkan ke dalam sinki.


  1. Sentiasa meletakkan barang di tempat asal selepas menggunakannya.
  2. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Jangan simpan stok makanan anda terlalu banyak sehingga ruang penyimpanan penuh.
  3. Sediakan mangkuk kecil di ruang sinki ataupun di atas meja yang biasa digunakan untuk menyediakan makanan. Ini adalah sebagai alternatif menggantikan bekas sampah utama. Mangkuk ini kebiasaannya digunakan untuk membuang sampah seperti kulit bawang, sisa potongan sayur dan buah–buahan. Cara ini lebih berkesan kerana ia menjimatkan tenaga anda tidak terlalu bergerak.
  4. Sebaik sahaja selesai memasak, pindahkan makanan ke dalam pinggan hidangan dan segera basuh periuk yang telah digunakan. Lap bahagian hud dapur memasak, backsplash, permukaan atas kaunter dan bahagian sinki dengan menggunakan kain mikrofiber yang telah dicelup dengan air panas yang dicampurkan dengan sabun. Langkah ini sangat berkesan membantu anda menghilangkan kotoran dan minyak dengan pantas.
  5. Anda juga boleh mengemas ruang dapur seperti mencuci pinggan dan sebagainya semasa memasak. Cara ini akan menjimatkan masa anda.

Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengemas rumahagar tampak lebih teratur dan menarik. Ruang di dalam rumah juga akan nampak lebih luas dan selesa apabila barang-barang disusun mengikut kesusaian ruang dan ketepatannya.




Resepi OlehDaily Makan

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post