Sedap Tak Terkata! Ini Cara Buat Ikan Patin Bakar Tempoyak, Rasa Sebijik Cam Kat Kedai

Sedap Tak Terkata! Ini Cara Buat Ikan Patin Bakar Tempoyak, Rasa Sebijik Cam Kat Kedai

Ikan patin merupakan sejenis ikan yang begitu terkenal, terutamanya di kalangan rakyat Temerloh, Pahang. Isi ikan itu yang lembut, manis secara semula jadi dan berjus menjadikannya sesuai dimasak hidangan Tempoyak.

Sedap Tak Terkata! Ini Cara Buat Ikan Patin Bakar Tempoyak, Rasa Sebijik Cam Kat Kedai


Namun selain berkuah, ikan patin juga boleh dibakar. Oleh itu, terdapat hidangan ikan patin bakar tempoyak yang boleh didapati di kebanyakkan restoran. Dari dibeli, anda juga boleh cuba untuk menyediakannya sendiri di rumah dengan mengikuti resepi ini.

BACA JUGA:Resepi Bawal Stim ala Cina

Sedap Tak Terkata! Ini Cara Buat Ikan Patin Bakar Tempoyak, Rasa Sebijik Cam Kat Kedai

Bahan-bahan

  • Ikan patin (telah dibersihkan)
  • Tempoyak
  • Cili api merah
  • Cili api hijau
  • Kunyit hidup
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Daun kunyit (dihiris halus)
  • Petai
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Nota: Bahan-bahan agak-agak sendiri, mengikut saiz hidangan masing-masing.IKAN PATIN BAKAR TEMPOYAK



Cara penyediaan

  1. Kisarkan tempoyak, cili api merah, hijau, kunyit hidup, garam dan ajinomoto sehingga halus.
  2. Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Taburkan daun kunyit, petai dan balut dengan daun pisang dan aluminium foil.IKAN PATIN BAKAR TEMPOYAKIKAN PATIN BAKAR TEMPOYAKIKAN PATIN BAKAR TEMPOYAK
  4. Sedia untuk dibakar, boleh dibakar di atas dapur gas, air fryer atau dapur arang.IKAN PATIN BAKAR TEMPOYAK
  5. Bakar sehingga ikan betul-betul masak dan sedia untuk dinikmati.IKAN PATIN BAKAR TEMPOYAK

Mudah sahaja rupanya untuk menyediakan ikan patin bakar tempoyak di rumah. Bahan-bahannya juga sangat ringkas, boleh didapati di mana-mana.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Anggerik Rosni




Resepi Oleh Daily Makan

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post