Cara Buat Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi

Cara Buat Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi

Ada peminat kuih penyaram? Kuih ini berasaskan gula merah.Namun begitu, rupa dan bentuk kedua-dua kuih ini jauh berbeza.Untuk mendapatkan bentuk yang cantik dan berkilat, ada tipnya.

Cara Buat Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi


Kalau nak kuih tu nampak cantik, adunan kena simpan semalaman.(boleh letak dalam peti sejuk).

BACA JUGA:Kuih Akok Pandan Dan Jagung. Resepi Gaya Sihat, Sebab Ini Confirm Kurang Gula Dan Minyak.

Jika kuih tak kembang masa menggoreng tu, kena tambah gula sedikit ke dalam adunan kuih satu atau dua sudu makan. Jika ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh lihat resipi hasil perkongsian dari Norhamah Said di bawah.

KUIH PENYARAM


Bahan-bahan:

1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)

1 bungkus tepung beras

2 cawang tepung gandum

1 cawan gula putih

100 ml santan

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng





 

Cara memasak:

1.Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih dan santan dalam satu bekas dan gaul.

2.Masukkan gula merah yang telah sejuk dan gaul.

3.Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati dan adunan tak berketul-ketul. Jangan terlalu cair.

4.Siap untuk digoreng.

Kredit: Norhamah Said




Resepi Oleh RASA.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post