Resipi Puding Biskut Sultana, Paling Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Resipi Puding Biskut Sultana, Paling Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Bila sebut pasal Puding, biasanya diperbuat dari roti, telur atau biskut lemak. Tapi menerusi hantaran saudari Hamidah HA, beliau berkongsi resipi Puding Biskut Sultana yang dicuba dari empunya asal Pn. Salbiah Mohd Noh.

Resipi Puding Biskut Sultana, Paling Sedap Makan Sejuk-Sejuk


Wow…. Biskut ni kalau dimakan begitu sahaja sudah enak, apatah lagi jika dibuat puding begini. Pasti terasa ketulan kismis enak dalam setiap suapan. Jom cuba!

BACA JUGA:Brownie Cookies

CARA MEMBUAT PUDING BISKUT SULTANA SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:
500gm biskut Sultana 
1 cawan tepung kastard 
1 cawan gula 
1 tin susu cair 
1 cawan planta atau 1/2 buku buttercup 
3 biji telur
12gm agar-agar (RM2.50) 
Air secukupnya untuk masak Agar-Agar
Pewarna kuning 
Pewarna hijau 


CARA MEMASAK:
1. Kisar susu cair, tepung kastard dan telur hingga sebati. Ketepikan.






2. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.



3. Kemudian masukkan gula dan planta @ buttercup. Kacau sehingga semuanya larut.




4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.




5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letak pewarna kuning dan hijau dengan secukupnya.



6. Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang 4 segi. Seelok-eloknya letak adunan warna kuning dulu. Nanti di atas sekali akan terhasil adunan berwarna hijau.
7. Susun biskut sultana. Selang selikan adunan kastard dan biskut sultana sehingga habis. Sejukkan.






6. Simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak makan, barulah dipotong.



NOTA: Kalau nak buat sedikit, kurangkan sukatan bahan kepada separuh. Sukatan diatas akan dapat 1 loyang puding bersaiz besar.

 

Kredit resipi & foto: Hamidah HA




Resepi OlehRasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post