Roti sangat enak untuk dimakan bersama jem atau dicicah bersama kuah kari atau sardin. Ia juga menjadi sarapan yang ringan dan mengenyangkan.
BACA JUGA:Resepi Udang Geragau Goreng Dahlia’s Kitchen
Ini Resepi Roti Kukus Yang Anda Boleh Cuba, Lebih Gebu & Lembut Dari Dibakar
Bahan-bahan
- 150 gram tepung gandum
- 2 biji telur
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Secubit garam
- 1 sudu besar minyak masak
- Gula
- Mentega (dicairkan) – guna jenama ini untuk rasa yang lebih sedap
Cara-caranya
- Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula (dapatkan di sini) hingga rata.
- Kemudian, masukkan minyak masak, uli hingga doh licin.
- Perap sampai doh naik 2 kali ganda.
- Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan.
- Susun dalam loyang. Resepi ini menggunakan loyang 6 inci
- Kemudian, tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.
- Kukus dengan api sederhana selama 35 hingga 40 minit. Loyang balut dengan cling wrap, jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.
- Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin atau mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan.
Dah siap roti kukus ini. Nampak lebih gebu dan lembut dari dibakar, kan? Memang sedap digigit, rasa cair sahaja di mulut. Selain dimakan dengan begitu sahaja, anda juga boleh mencicahnya dengan kari atau sardin, tentu lebih nikmat!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Khairunnisa Mohammad
Resepi Oleh
Post a Comment