Bagi sesetengah yang belum mengetahui apa itu udang geragau, udang geragau ini adalah udang baring yang mana kebiasannya terkenal di Melaka yang merupakan bahan utama untuk membuat cencalok. Tetapi hari ini saya nak kongsikan bersama anda resepi udang geragau goreng atau udang baring goreng.
BACA JUGA:Guna 2 Bahan Je Inti Sandwich Telur Ni, Rasa Sungguh Sedap Anak Pasti Suka
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 kg udang geragau
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- Sedikit hirisan daun limau (optional)
- Sedikit daun sup bawang (optional)
- Garam secukup rasa
- Air
Cara-cara penyediaan & memasak:
- Masukkan udang geragau, tepung gandum, telur, daun limau, daun sup bawang serta garam. Gaul sebati.
- Tambahkan sedikit air. Gaul sebati.
- Panaskan minyak, goreng adunan tadi hingga garing.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos cili.
Langkah-langkah selanjutnya sila rujuk pada tutorial video dibawah. Selamat mencuba! Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Kredit: Dahlia’s Kitchen
Resepi Oleh
Post a Comment