Cara Buat Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok!

Cara Buat Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok!

Petang-petang kalau rasa nak mengunyah, apa kata jom cuba resepi churros yang rangup di luar dan gebu di dalam ini.

Cara Buat Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok!


Kalau terbuat banyak jangan risau, boleh makan untuk sarapan pula. Rasa tetap lembut sampai esok.

BACA JUGA:Ini Cara Buat Sos Sedap Untuk Sandwic, Untuk Makan Sendiri & Jualan

Yang paling penting, kena guna acuan yang besar ya. Kalau guna acuan yang ‘kurus’, churros akan jadi keras.

Resepi Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam

Bahan-Bahan:

  • Air 1 cawan
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Butter 1 sudu besar
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur gred A

Cara-Caranya:

1. Didihkan air, masukkan buter, gula, garam dan esen vanilla. Tutup api.

2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.

3. Masukkan telur, kacau sampai sebati.

4. Letakkan nozzle bunga terlebih dahulu ke dalam piping bag, Potong muncung piping bag, tolak nozzle keluar dan pastikan ia ketat sebelum memasukkan acuan.

5. Kemudian baru kaupkan adunan ke dalam piping bag.

6. Paipkan terus ke dalam minyak atau boleh juga paip terlebih dahulu atas dulang untuk dapatkan saiz yang sama.





Resepi Dip Coklat

Bahan-Bahan:

  • Coklat Beryl’s
  • Susu cair/susu fullcream

Cara-Caranya:

1. Satukan kedua-dua bahan dan cairkan dengan menggunakan teknik double boiler.

Selamat mencuba!


Kredit: Myra Abdul Via Myresipi




Resepi Oleh Rencah Rasa.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post