Tugas memasak selalu jatuh pada si ibu. Namun kerana penat menguruskan keluarga atau sibuk bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk berbuat begitu.
BACA JUGA:RM23 Harga 2 Biji Burger Tepi Jalan, Wanita Ini Sampai Tanya 3 Kali Untuk Kepastian Peniaga
“Frust Betul..” – Penat Masak Macam-Macam Lauk Untuk Keluarga, Wanita Ini Akhirnya Kecewa Bila..
Kejadian itu telah dikongsikan oleh zabell.com.my menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.
Kisahnya, wanita itu mempunyai sedikit masa terluang dan terasa rajin untuk ke dapur. Menyediakan pelbagai lauk-pauk seperti ayam goreng, tomyam, telur dadar dan sambal bilis goreng, dia sudah begitu teruja ingin menjamu seisi keluarga.
Bersungguh-sungguh menghidangkan kesemuanya dna mengajak semua makan, dia bagaimanapun mula menyedari sesuatu yang tidak kena.
Diperiksa dalam periuk nasi, wanita itu baru menyedari bahawa dia telah terlupa untuk menekan butang bagi memasak nasi. Ingatkan dah buat begitu!
Akhirnya, dia pula yang kecewa. Baru sahaja beria nak menjamah lauk dengan nasi, mereka sekeluarga terpaksa menunggu lagi sementara nasi siap dimasak.
Menjengah di ruangan komen pula, ramai yang turut tampil berkongsi pengalaman yang sama. Kelihatan bukan sahaja dirinya tapi ramai juga yang ‘terbabas’!
“Pernah jadi time nak buka puasa, sebelum tu nasib sempat tengok baru la tekan.”, luah seorang wanita.
Manakala cerita seorang lagi, “Okey la tu. Saya kena masa bulan puasa, kemurungan masing-masing. Last-last ratah lauk je dulu. Dah la semua balik masa tu!”.
Ramai Juga Pernah Tersilap, Paling Sakit Semasa Bulan Puasa
Sesiapa yang pernah terkena perkara yang sama tentu akan faham persaan wanita ini. Niat baru sahaja nak bagi keluarga rasa air tangan tapi akhirnya ini pula yang terjadi, sabar sahaja lah!
Kredit: zabell.com.my
Resepi Oleh dailymakan
Post a Comment