Buat Sendiri Spageti Aglio Olio Cara Paling Simple Tapi Sedap Sangat

Buat Sendiri Spageti Aglio Olio Cara Paling Simple Tapi Sedap Sangat

Spageti aglio olio antara menu yang selalu kita pesan bila makan di kafe western. Harganya berbelas ringgit sepinggan malah boleh cecah lebih RM20 juga ikut kafe.

Buat Sendiri Spageti Aglio Olio Cara Paling Simple Tapi Sedap Sangat


Walhal hidangan ini antara yang mudah untuk kita buat sendiri. Lagi jimat sebenarnya. Nak cara yang paling simple dan sedap pun ada. Boleh ikut resipi dikongsi oleh Nur Masri ini.

BACA JUGA:Resepi Spageti Bebola Daging

Cara buat Spageti aglio olio simple tapi sedap


Bahan-bahan:

1 paket spaghetti
1 mangkuk udang
5 ulas bawang putih
1 sb chili flakes
1 sb lada hitam
2 sb serbuk oregano
Sedikit daun pasley (hiris halus)
1 kiub ayam
3 keping cheese ( jika suka)
Tomato



Cara membuat:

1) Rebuskan spageti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.

2) Panaskan olive oil atau minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau masukkan cili flakes dan daun pasley.

3) Kemudian, masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spageti tadi.



4) Seterusnya, masukkan sudu serbuk oregano, 1 sudu serbuk lada hitam, 3 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5) Kemudian masukkan spageti dan tomato. Boleh juga letak sotong atau sosej jika suka. Jika suka cheese boleh letak. Gaul rata, siap!

Ini versi letak sotong, udang dan sosej. Lagi meriah.


Selamat mencuba.




Resepi Oleh Vanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post