“Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!

“Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!

Asam Laksa merupakan hidangan yang mempunyai rasa masam dan diimbangi dengan rasa manis serta pedas.

“Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!


Kalau pandai buat memang betu-betul sedap dan menjadi. Kaw tu tak payah cakap lah, 40 hari 40 malam teringat kesedapannya tu.

BACA JUGA:Resepi Laksa Utara Sedap & Pekat Melikat Semudah ABC. Rugi Tak Cuba

Nak cuba buat Asam Laksa ini? Jom kita ikuti resepi mudah yang dikongsikan oleh Ifah Mohd Zaki ini. Memang mudah sebab guna sardin tin je. Tak payah nak siang ikan dah.

Cara Buat Asam Laksa Yang Mudah & Kaw

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin adabi (besar)
  • 1 tin sardin kecil
  • 1 paket pes asam pedas adabi
  • Bawang merah 4 biji
  • Lada kering/cili boh
  • Belacan sikit

* Kisar bahan di atas kecuali sardin tin kecil. Yang kecil tu hancurkan guna garfu sebab nak bagi rasa ikan ketul-ketul sikit. Ambik sekali dengan kuah ye!

Bahan-bahan lain:

  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping

Ulam-ulam:

  • Telur
  • Limau kasturi
  • Salad
  • Bawang merah/besar
  • Timun batang
  • Cili


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar dalam periuk serta sardin yang dihancurkan tadi.
  2. Tambah dengan air ikut suka nak banyak mana. Ikut kepekatan yang disukai.
  3. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan perasakan dengan garam.
  4. Siap untuk dihidangkan.

resepi asam laksa

Mudah sahaja kan nak buat Asam Laksa ni. Bahan yang digunakan pun sangat simple. Nak menyediakannya juga tidak mengambil masa yang lama.

Rasanya pula lebih sedap dari asam laksa yang ada dekat-dekat Mall tu. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita buat sekarang!

Kredit: Ifah Mohd Zaki




Resepi Oleh dailymakan
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post